Friday, November 17, 2006

MISI, VISI DAN MATLAMAT

MISI
Berusaha untuk menjadi yang terbaik dengan menghormati dan mematuhi konsep dan kod etika sebagai agen cukai, menanamkan sikap integriti, berani, jujur terhadap maklumat sulit pelanggan, pekerja dan masyarakat untuk menjadikan firma ini sebagai sebuah firma yang berdaya saing, maju, bermutu tinggi dan berkualiti serta memnuhi kehendak pelanggan di dalam memberikan khidmat perundingan perakaunan dan percukaian kepada para pelanggan serta dapat membantu negara untuk meningkatkan kutipan hasil cukai.

VISI
  • Dalam tempoh 3 tahun akan datang, ia akan menjadi perintis kepada masyarakat setempat dan usahawan-usahawan lain di dalam bidang khidmat perundingan terutamanya perkhidmatan perakaunan dan percukaian melalui ilmu pengetahuan yang cemerlang dan memenuhi tanggungjawab kepada keperluan masyarakat.

  • Menjadi pencetus utama dalam bidang perkhidmatan pengurusan korporat terutama di kawasan Tanjung Malim dan sekitarnya.

MATLAMAT

  • Memenuhi kehendak dan keperluan para pelanggan melalui "Loyalty Touch".
  • Memberikan perkhidmatan yang paling memuaskan kepada para pelanggan.
  • Untuk memberikan khidmat perundingan dan memberi tunjuk ajar kepada para pelanggan mengenai perakaunan dan percukaian serta bagaimana untuk menjadi usahawan yang cemerlang.
  • Melayani dan menguruskan para pelanggan dengan cara yang professional.
  • Melibatkan diri dalam tanggungjawab sosial kepada masyarakat.
  • Untuk memastikan kesemua para pekerja memahami objektif utama syarikat.

Kembali